Category Archives: Event

Merdeka 55

Ucapan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 buat semua rakyat Malaysia. Tahun nie agak keceya dengan logo yang telah direka oleh designer profesional yang dilantik oleh pihak kerajaan. Disebabkan terlalu power logo tu maka agak keberatan nak paparkan kat blog aku nie….. jadi aku amik keputusan cari je la gambar flag Malaysia kat google pastu edit sikit jadi la macam kat bawah nie…nie bukan logo merdeka tau…. kredit kepada tuan punya gambar nie…..

Di manakah anda sambut malam merdeka? di kelab malam kah? di Dataran kah? join himpunan bersih??? di karaoke kah?? apakah erti kemerdekaan kepada anda semua?? apapun tanamkan la sikit semangat patriotik tu. jangan tau nak seronok je. Ingat sikit macam mana atuk nenek kita berjuang nak dapatkan kemerdekaan.

Semalam balik kerja pun dah lambat, sampai rumah terus rehat bersama keluarga tersayang. tepat pukul 12tgh mlm kebaboo kebabooo… bunyi bunga api.. layan je la bunga api dari rumah…

Tengok google pun sambut merdeka :D

 

3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

Ini adalah tahun ke-3 acara ini diadakan di Putrajaya dan baru tahun inilah aku berkesempatan untuk menembak belon-belon di sana…. ku sangka panas hingga kepetang rupa rupanya hujan di tengah hari sampai petang… itu la terjadi kat aku…. first day (khamis) pi hanya dapat shoot para motor saja… kemudian acara terpaksa di berhentikan sebab hujan petir dah mula turun di Putrajaya…. apa nak buat?? redha je la….

Keesokkan harinya (jumaat) aku kembali, lepas ja opis aku terus menuju ke Putrajaya… hujan mula turun renyai semasa dalam perjalanan… eeerrrrmmm tawakal je la….. sampai saja sana belloon panas dah rancak naik… apa lagi… dengan selamba ja aku masuk dalam padang tu… dapat la shoot 3, 4 biji belloon…. sekali lagi acara terpaksa diberhentikan kerana cuaca tidak mengizinkan…. apa nak buat?? redha je la lagi… :)

ini je la yang dapat di kongsi… semoga umur panjang dapat kita berjumpa lagi belloon panas tahun hadapan.. sayonara….